Friday 6 July 2012

tiada penyesalan

Pelik tapi benar..biasanya bila kaki tersandung, langkah seterusnya disusun berhati hati. Diatur rapi agar tidak lagi tersandung, takut nanti jatuh tersungkur pula. Bermakna..diatas setiap kesilapan pasti ada penyesalan dan keinsafan dipenghujungnya. Berbalik kepangkal jalan, bena kembali kehidupan yang hilang dan pastikan bahagia menanti dihadapan. Andai tiada penyesalan maka akan sesat sepanjang jalan dan akhirnya akan berakhir dengan kebuntuan serta kegagalan. Pilihan ada dalam diri, tepuk dada tanya hati. Ikut rasa..binasa, ikut nafsu..hancur dan ikut hati..mati. Nur Allah ada dimana mana..cari dan selami hingga keakar umbi, pasti jiwakan memperolehi ketenangan dan kedamaian yang abadi.

Sunday 14 August 2011

Terimalah doaku.


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..."wahai Tuhan yang menampakkan keindahan dan menutupi keburukan dan tidak akan menghukum dengan sebab dosa, wahai Tuhan yang Agung, Pemaaf dan Pengampun, dan wahai Pemilik segala rahsia dan wahai Tuhan sebagai pusat segala pengaduan, wahai Pemberi segala kenikmatan sebelum dimintanya, wahai Tuhanku, wahai Penghuluku aku mohon kepada-Mu janganlah Engkau memburukkan makhluk dengan api neraka". (diriwayatkan oleh ad-Dailami dari Ubaya r.a.) petikan dari buku panduan (zikir harian) JKIM.








Allah yang mencukupkan

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...Allahlah yang mencukupi bagi agamaku, Allahlah yang mencukupi akan apa yang menjadi cita-citaku, Allahlah yang mencukupi kepada orang yang mencari aku, Allahlah yang mencukupi kepada orang yang dengki kepadaku, Allahlah yang mencukupi terhadap orang yang berdaya upaya kepadaku dengan kejahatan, Allahlah yang mencukupi ketika mati. Allahlah yang mencukupi ketika adanya timbangan, Allahlah yang mencukupi ketika pertanyaan dalam kubur, Allahlah yang mencukupi ketika melintasi sirat, /allahlah yang mencukupi yang tiada Tuhan selain Dia, kepadanya aku bertawakal dan kepadanya aku dikembalikan"
(Diriwayatakn oleh al-Hakim dari Buraidah r.a.) - petikan dari buku (Panduan zikir harian) JKIM.

Friday 1 April 2011

Insaflah.....

zikir penenang hati....insaflah wahai manusia jika dirimu bernoda, kembalilah kepadanya..tuhan yang maha kuasa. Hidup ini jangan berlandaskan nafsu dan keinginan, keseronokan hanya menambah dosa dosa yang tak diundang. Konon nak menangani kesepian, mengisi kekosongan tapi ternyata kelalaian manusia itu mengatasi segalanya.Marilah berzikir dan memunajatkan diri pada yang esa, semoga kita sama sama mendapat rahmatnya.

Thursday 17 February 2011

sesuatu yang hilang

"....ingatlah bakawa orang-orang yang beriman itu amat memperhalusi dan menjaga diri mereka kerana bimbang terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang. Mereka meyakini adanya hari pembalasan yang akan menyebabkan manusia ditentukan hukumannya oleh ALLAH samaada kesyurga ataupun keneraka." (Tafsir Ibn Kathir, tafsir ayat 9)

Thursday 10 February 2011

Kekasihku ALLAH

"..harta dan kekayaan yang ada pada kita ini bukanlah hak kita, itu amanat ALLAH kepada kita. Bila kita betul menggunakan, maka harta itu akan ditambah lagi oleh ALLAH dan bila harta itu tidak digunakan dengan betul, ALLAH akan menarik kembali dan diberinya lagi jika kita telah insaf, ujian ini berjalan dari masa kemasa...sehingga terhenti bila sudah sampai ajal"